Sale!

Servis Bina Website Percuma

(1 customer review)

RM0

Anda ada domain tapi masih tiada masa nk buat website? Rata-rata upah membuat website terlalu mahal buat anda? Nah! Kami berikan servis buat website secara percuma, zero kos, RM0.00. Kenapa FREE? Sebab ianya adalah sebahagian daripada CSR kami, serta inisiatif kami untuk membantu sesiapa sahaja untuk maju kehadapan dengan memiliki laman web.

Semoga dengan amal sumbangan yang sedikit ini memberi keberkatan kepada Team kami serta anda semua.

COPPP!! Cumanya, anda masih perlu sediakan Nama Domain dan juga Web Hosting untuk website yang akan kami bina.

Masih tiada Nama Domain & Hosting? Boleh klik sini untuk pilih & beli  ya ^_^

P/s: Limited Slot dibuka setiap bulan.

SAFE & SECURE Payment
Jom Share!

Description

Apa Yang Menyukarkan Kita untuk Bina Website DIY?

Nak buat wesite memang nampak macam mudah kan? Klik-klik dah siap! Tapi tahukah anda, untuk menghasilkan website yang bertaraf ‘OK’ serta tampak menarik & tersusun memerlukan lebih dari sekadar klik-klik? Ya! Berikut adalah antara aspek-aspek yang terlibat dalam pembikinan sesebuah website.

  1. Menentukan tujuan dan sasaran laman web: Ini berkaitan dengan menentukan apa yang anda ingin capai dengan laman web anda. Contohnya, sasaran anda mungkin untuk meningkatkan jualan atau meningkatkan trafik ke laman web anda.
  2. Membuat senarai kandungan yang ingin disertakan: Ini berkaitan dengan menentukan apa yang akan anda sertakan di dalam laman web anda. Contohnya, mungkin anda ingin memasukkan produk, perkhidmatan, blog, galeri, dan sebagainya.
  3. Memilih platform atau CMS (Content Management System) untuk laman web: Ini berkaitan dengan memilih cara yang akan anda gunakan untuk membuat dan menguruskan laman web anda. Contohnya, anda boleh memilih untuk menggunakan platform seperti WordPress, Joomla, atau Drupal.
  4. Membeli dan menentukan nama domain dan hosting: Ini berkaitan dengan membeli nama domain untuk laman web anda dan menentukan tempat di mana anda akan menyimpan laman web anda.
  5. Menyiapkan dan mengatur reka bentuk laman web: Ini berkaitan dengan menentukan reka bentuk laman web anda, termasuk pemilihan warna, font, dan layout.
  6. Menambah kandungan dan media ke laman web: Ini berkaitan dengan menambah kandungan seperti teks, gambar, dan video ke laman web anda.
  7. Melakukan ujian dan pengujian laman web: Ini berkaitan dengan menguji laman web anda untuk memastikan ia berfungsi dengan baik dan tidak ada kesilapan.
  8. Melancarkan laman web dan meneruskan pengoptimuman: Ini berkaitan dengan melancarkan laman web anda dan terus mengoptimumkannya untuk meningkatkan prestasi dan fungsi laman web anda.

Oleh itu, kami nak bantu anda dengan memberikan Servis Bina Website Secara Percuma! Betulke PERCUMA? Macam too-good to be true sahaja. Ya betul! Tapi semestinya bukan website seperti shopee, lazada, astro, malaysiakini, tv3 dan lain2 lah.

Jadi eloklah kami nyatakan terlebih dahulu apa yang bakal anda perolehi dari Servis Buat Website FREE ini:

  1. Untuk mempercepatkan proses, kami sediakan anda lebih 100+ pilihan tema & layout website untuk anda pilih. Anda cuma perlu pilih salah 1, dan kami akan bina website mengikut design & susun atur yang dipilih.
  2. Semua design yang kami bina adalah Mesra Mobile.
  3. Jenis website yang akan dibina adalah jenis Web Informasi sahaja dan tidak mengandungi fungsi-fungsi canggih seperti e-commerce, booking, online course, dan lain2. Fungsi2 lain boleh ditambah ke dalam website anda selepas siap serta pada caj yang berasingan.
  4. Kami akan buatkan sehingga 3 muka website untuk anda. Muka 1 adalah muka utama, muka 2 biasanya terisi content berkaitan bisnes/servis dan muka 3 akan dimuatkan dengan contact form standard. Jika anda tidak mempunyai banyak info untuk dipaparkan, kami cadangkan kita gabungkan kesemua info dalam 1 page sahaja.
  5. Kami tambahkan ‘floating button’ untuk pelawat terus klik ke whatsapp anda.
  6. Kami akan isikan content seperti yang anda sediakan. Jika tiada, kami akan isikan dengan content demo sementara yang anda boleh edit sendiri di kemudian hari.
  7. Kami juga akan siapkan semuanya dalam tempoh 7 minggu, atau lebih cepat! Dalam 7 hari tersebut kami akan berkomunikasi dengan anda untuk edit content dan akhirnya publish website di domain anda. Sebarang perubahan selepas 7 hari dari tarikh permohonan anda boleh lakukan sendiri ataupun dapatkan servis berbayar dari kami.
  8. Anda juga diberikan support percuma di dalam group Support Telegram kami.

Semua yang FREE pasti ada syarat-syaratnya kan? Syaratnya mudah sahaja!

  1. Sebelum memohon, pastikan anda sudah memiliki Nama Domain & Web Hosting untuk digunakan oleh website anda. Jika masih tiada, anda boleh membeli Domain & Hosting dari kami.
  2. Tempoh 7 hari utk siapkan website anda bermula dari tarikh anda pilih tema yang dikehendaki. Oleh itu anda perlu bekerjasama sepenuhnya dengan kami pada waktu tersebut dari segi pemberian content, gambar, dan lain2.
  3. Selepas memilih tema, anda boleh memikirkan serta senaraikan ayat, gambar, tajuk apa yang perlu ditukar di dalam tema tersebut supaya info yang akan dipaparkan nanti adalah berkaitan bisnes/website anda.
  4. Selepas tempoh 7 hari, kami hanya akan berikan free support di Telegram Group. Anda boleh melakukan editing sendiri di website. Kami boleh menyediakan servis editing dan lain2 pada kadar yang dipersetujui.
  5. Website yang telah siap adalah milik anda sepenuhnya & Anda bertanggungjawab ke atas pengurusan website tersebut.

Tunggu Apa Lagi?

1 review for Servis Bina Website Percuma

  1. GRC Resources

    Mantap bro! korg mmg pro. siap cpt & x bnyk songeh. standby utk addon fungsi2 lain ye!

Add a review